Thursday, December 11, 2014

Temperature sensor problem

Salam sayang buat  semua pengguna kereta serta motosikal..

Mungkin semua pengguna kereta sudah mengenali alat ini untuk kegunnaan kepada kereta..Alat ini amat penting..saada pentingnya kepada anda mengetahui serta mengenali lebih lanjut..

Sebabnya 2 perkara....

1) Mengerakkan kipas radiator apabila air yang panas dari enjin dibuka laluan oleh Thormostat,,untuk terus ke Radiator,,Thormostat tu macam security,,,apabila nak lalu,,,buka pagar...

-Kalau Security itu tadi ada masalah,,tak bagi lalu,,sedangkan orang dah penuh nak masuk,,boleh bikin panas,,,mengelegak mungkin kepanasannya...

-Begitulah juga kisahnya Thormostat apabila rosak..air yang panas tadi tidak boleh melaluinya ,,sedangkan air dah panas terkumpul diruang engine...boleh menyebabkan air yang terlalu panas tadi memberontak..dan boleh mengakibatkan Over Head...

-Dalam sistem pemparitan dekat engine,,jalan itu saja boleh lalu,,dah tak ada jalan pintas ...boleh sebabkan banjir kalau tidak diselenggara dengan betul..

-Berbalik kita pada Temperature sensor tadi...ia sebagai pengesan air panas,,apabila dah kesan saja air yang panas melaluinya yang perlu sangat-sangat disejukkan...maka si pengesan ini segera bagi current kat motor kipas,,bagi kipas berpusing...

-Apabila kipas berpusing,,bersegeralah air di Radiator disejukkan...dan air tadi disalur kembali ke engine yang ditarik oleh Water pump yang sentiasa bekerja apabila saja start engine...

-Temperature sensor ini macam security kedualah kepada laluan pemparitan engine...Ada kalanya ia akan bagi current terus ke motor kipas..pusing terus kipas tadi sekiranya ada Security Thormostat tidor..dah kesan panas terus bagi current...

-Adakala juga Temperature sensor sendiri rosak,,,kalau dia rosak,,berkemungkinan,,,kipas jalan terus atau tak jalan langsung...ada 2 kemungkinan..

2)Ada satu lagi sensor kecil,,kebiasaannya dia berada berdekatan sahaja kawasan Thormostat,,tujuannya hanyalah sebagai penunjuk dekat meter,,bagi memberitahu pada pemandu,,setakat mana bagusnya pemparitan dekat engine,,

-Bolehlah dikatagori sebagai penyelia,,apa-apa berita mesti bagitahu pada Bos setakat mana perjalanan sistem pemparitan tadi...kalau  sensor kecil ini rosak,,berkemungkinan menyusahkan kepada pemandu kerana hilang penunjuk arah kebagusan engine..

-Jika ia rosak,,seharusnya dibaiki segera,,takut berlaku tidak disedari dan memberi sedikit masalah yang mungkin akan jadi besar...